Blog ini diwujudkan untuk perkongsian maklumat semoga ia memberi manfaat kepada yang memerlukan...

Nak cari Artikel ? Taip dibawah dan klik pada carian :

thumbnail

Cara nak bersih paru-paru yang kotor

 

Cara nak bersih paru-paru yang kotor


Guna air kelapa muda campur daun moringa(kelor)
Cara buat :
- Satu genggam daun kelor
- satu gelas air kelapa muda
# Tumbuk/kisar daun kelor dengan sedikit air kelapa muda
# Kemudian campur semua air kelapa muda yang baki
# Tapis untuk bahan lebih halus
# Minum 1 kali sehari pada Waktu pagi dan amalkan 3-4 kali seminggu
Insyaallah sebagai usaha ikhtiar bersih paru-paru terutama pada sahabat yang merokok
Selamat mencuba
thumbnail

𝗥𝗲𝘀𝗲𝗽𝗶 𝗞𝗲𝗸 𝗞𝗼𝗽𝗶

 

𝗥𝗲𝘀𝗲𝗽𝗶 𝗞𝗲𝗸 𝗞𝗼𝗽𝗶


Bahan-bahan:
3/4 cawan gula (190 gram)
1 cawan marjerin (250 gram)
4 biji telur A
1/2 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu emelco kopi
Cara-cara:
1. Mix gula dan marjerin sehingga kembang.
2. Masukan telur dan esen vanila. whisk lagi sehingga sebati.
3. Masukan tepung (ayak) dan kaup balik sehingga rata semuanya.
4. Tambahkan emelco kopi. kacah rata.
5. Di dalam loyang lapik dengan kertas kek dan sapu sedikit marjerin, tuangkan adunan.
6. Bakar kek pada suhu 170-180 darjah, api atas bawah lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.
Apabila sejuk, sapukan dengan butter cream dan tabur coklat rice.
Untuk butter cream: 250gm butter 150 gm aising sugar pukul sampai gebu.
selamat mencuba 🙂
Sumber : resepi bonda


thumbnail

Resepi Makaroni Carbonara Goreng Mudah dan Sedap

 

Resepi Makaroni Carbonara Goreng Mudah dan Sedap


🌶️1 paket makaroni (500 gram)
🌶️1 biji bwg holland (potong dadu)
🌶️6 ulas bwg putih (dicincang)
🌶️0.5 cwn minyak
🌶️3 sb mentega
🌶️5 btg sosej (hiris kecil)
🌶️1 dada ayam (hiris kecil)
🌶️0.5 sb cili flakes
🌶️0.5 sb serbuk lada hitam
🌶️0.5 sb mixed herbs
🌶️0.5 - 1 cwn air rebusan spaghetti
🌶️1 sos prego carbonara
🌶️1 kotak kecil susu
🌶️1 kiub pati ayam
🌶️0.5 - 1 sb garam
🌶️3 keping keju
🌶️0.5 biji capsicum merah
🌶️0.5 biji capsicum hijau
🌶️sedikit daun sup / parsley
Cara memasak:
1. Rebus spaghetti dengan sedikit garam dan minyak sehingga agak lembut. Jangan terlalu lembut ya. Toskan dan jirus dengan air biasa supaya proses masak terhenti.
2. Tumis bwg putih dgn sedikit minyak dan mentega sehingga keperangan. Masukkan pula bwg holland, tumis hingga keperangan.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung agak keperangan. Masukkan sosej dan isi ayam. Bila ayam dan agk masak, masukkan mixed herbs, serbuk lada hitam dan cili flakes (boleh kurgkan lada hitam dan cili kalau xsuka pedas)
4. Masukkan sos carbonara, susu kotak dan air rebusan spaghetti. Kacau sebati.
5. Masukkan kiub pati ayam, garam dan keju. Kacau lagi sehingga keju cair.
6. Masukkan makaroni, capsicum dan daun sup. Kacau bbrp minit sehingga sebati.
7. Sedia untuk dihidang
sumber : Dapur mummy adam


thumbnail

Dosa Besar Menderhaka Kepada Ibu bapa

Dosa Besar Menderhaka Kepada Ibu bapa


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْكَبَائِرِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ
Daripada Anas radliallahu 'anhu berkata; Nabi SAW ditanya tentang dosa-dosa besar. Maka baginda bersabda: "Menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua, membunuh orang (tanpa hak) dan memberi kesaksian palsu". (HR Bukhari No: 2459) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Dosa besar ialah kesalahan yang dijanjikan azab yang pedih jika pelakunya tidak melakukan taubat nasuhah hingga diampunkan dosanya oleh Allah.
2. Antara dosa besar tersebut:
a. Syirik kepada Allah (menyekutukan Allah dengan sesuatu sama ada dalam ibadah, kepercayaan, atau niat.) Dosa syirik tidak diampunkan jika ia mati tanpa bertaubat.
b. Derhaka kepada kedua ibu bapa (tidak menghormati, menyakiti hati seperti meninggikan suara, berkata kasar, juga mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa) merupakan dosa besar yang mengundang kemurkaan Allah.
c. Membunuh sesama manusia kecuali dengan sebab yang dibenarkan syarak (seperti hukuman qisas atau mempertahankan diri).
d. Memberi kesaksian palsu (berbohong dalam pengakuan atau keterangan bagi menzalimi orang lain, menipu dalam urusan hukum, atau memutarbalikkan kebenaran).
3. Setiap anak tidak boleh menyakiti kedua ibu bapaknya, baik dengan perkataan, tindakan mahupun perbuatan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Derhaka kepada ibu bapa merupakan dosa besar kedua selepas dosa perbuatan syirik.
4. Hadis ini menegaskan keutamaan menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Dosa besar sering berpunca daripada pelanggaran terhadap hak Allah (seperti syirik) dan hak manusia (seperti derhaka, membunuh, dan menipu).
Sumber : Pertubuhan Ikram


thumbnail

Berat tak turun-turun walau dah Berdiet & bersenam

Dah Cuba Macam-Macam Cara Untuk Kurus Tapi Masih Gagal ?

Adakah anda...

Sering berasa letih dan kurang bertenaga?

👉Malu dengan penampilan diri sendiri?

👉Risau tentang masalah kesihatan akibat berat badan berlebihan?

👉Sudah mencuba pelbagai diet tetapi berat badan tetap sama atau makin naik?

👉Takut dengan kesan sampingan ubat pelangsingan yang belum tentu selamat?

Jika anda jawab "Ya" untuk mana-mana soalan di atas, anda berada di tempat yang betul! Teruskan membaca!


Berat tak turun-turun walau dah Berdiet & bersenam

Ada Cara Untuk Kurus Secara Sihat Tanpa Ubat, Tanpa Produk Ajaib!

Anda tak perlu berlapar atau ikut diet pelik yang menyeksa.

Anda tak perlu jogging setiap hari kalau itu bukan gaya hidup anda.

Dan anda tak perlu bazir duit beli suplemen pelik yang belum tentu berkesan.

Apa yang anda perlukan hanyalah satu pendekatan yang mudah, selamat dan berasaskan ilmu sebenar — bagaimana tubuh manusia berfungsi dari sudut pemakanan, hormon, waktu makan, dan gaya hidup harian.

Memperkenalkan..



Untuk maklumat lebih lanjut klik pada butang Dapatkan Sekarang diatas 


thumbnail

5 Tips Diet MUDAH & Menjimatkan Wang

 5 Tips Diet MUDAH & Menjimatkan Wang


Kini Anda Mampu Turunkan Berat Badan dengan Lebih MUDAH & BERKESAN - Hanya Dari Rumah Anda Sahaja Walaupun Anda Sentiasa Busy!

Ramai yang mahu kuruskan badan tapi mula rasa terbeban apabila membaca senarai wajib apa yang diperlukan untuk kuruskan badan..

Nak bersenam di gym, rasa malu dan segan selain kurang bersemangat bila tidak ada teman yang sanggup bantu temankan anda..

DAN nak start diet, rasa ianya agak rumit dan banyak memerlukan wang..

Ya, jika kita baca menu diet yang betul-betul berkesan untuk turunkan berat badan, antara item yang diperlukan ialah ikan salmon, beras perang, cornflake dan sebagainya.. Ini sememangnya memerlukan kos yang banyak dikala saat yang agak sukar ini.. Fuh, mahal rupanya kos nak kurus ni!

Sebenarnya untuk kurus, anda tak perlu pun untuk keluar duit yang banyak jika anda tahu mengenai BMI & BMR badan anda, berapa kg berat yang anda perlu turunkan untuk jadi lebih fit dan sihat SERTA tahu berapa banyak kalori harian yang perlu anda ambil setiap hari untuk dapatkan berat badan yang dimahukan itu..

Anda terlalu cepat give up bila lihat ada sesuatu halangan yang menyukarkan anda untuk kuruskan badan.. Sedangkan halangan tersebut boleh diatasi jika anda amalkan diet yang betul - yang sesuai dengan badan anda dengan makanan yang ada di rumah anda sahaja..

Berikut antara 5 tips diet yang mudah diikuti dan menjimatkan wang anda jika anda benar-benar serius mahu kuruskan badan:

#1 - Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

#2 - Makan banyak ikan termasuk ikan berminyak seperti sardin dan tenggiri selain ikan salmon dan trout kerana ia sumber protein yang baik.

#3 - Berhenti mengambil makanan yang mempunyai banyak lemak tepu serta berhenti juga ambil minuman dan makanan yang bergula.

#4 - Kurangkan garam dalam makanan - kalau boleh tidak lebih dari 6g setiap hari untuk orang dewasa.

#5 - Banyakkan minum air kosong untuk mengelakkan rasa dahaga dan jangan sekali-kali tinggalkan sarapan pagi.

Inilah tips diet yang paling ringkas tetapi memberikan hasil yang sangat positif dengan penurunan berat badan anda.. Tak perlu pun nak keluarkan kos yang tinggi untuk memulakan diet yang sihat dan baik untuk kesihatan badan anda ini..

"Anda betul-betul nak turunkan berat badan dengan lebih pantas dan konsisten selain dari mengamalkan diet yang berkesan?"

Senang saja - anda perlu mula bersenam untuk membakar lemak-lemak yang ada di badan anda dengan lebih pantas.. Anda tidak perlu pun untuk daftar sertai Gym kerana anda sebenarnya boleh bersenam dari rumah anda sahaja.. Ia lebih selesa & menjimatkan kos anda!

Inilah antara rahsia bagaimana sahabat saya mampu turunkan berat badan sehingga 25kg dalam masa hanya 5 bulan dan badannya kekal fit sampai ke hari ini tanpa perlu belanjakan duit membayar kos yuran keahlian bulanan gym mahupun membeli sebarang ubat kurus.. Caranya terbukti lebih mudah dan berkesan selain selamat & menjimatkan masa dan wang anda..

Beliau turut kongsikan pengalaman cara beliau menguruskan badan dari A sampai Z dalam sebuah ebook yang bertajuk "Formula Kurus".. Ebook ini telah berjaya membantu ramai pembaca menguruskan badan dengan cara yang lebih mudah, pantas dan berkesan tanpa perlu keluar rumah..

Antara ilmu yang bakal anda pelajari daripada ebook "Formula Kurus".. 

- Teknik MALAS bagaimana anda mampu kuruskan badan dengan lebih bijak, mudah & pantas tanpa sebarang supplement merbahaya.

- Penerangan lengkap tentang cara SEBENAR mengira kadar kalori yang badan anda perlukan, BMR (Basal metabolic rate) dan kadar peratusan lemak dalam badan.

- 5 faktor PENTING yang menjadi penentu dan pendorong kepada keberkesanan penurunan berat badan anda.

- Formula diet MUDAH beserta pelan diet 14 hari yang terbukti berkesan menurunkan berat badan anda.

- Formula senaman TERBAIK beserta cara senaman dilakukan yang mampu membantu anda membakar lemak dengan lebih cepat & menurunkan berat badan dengan lebih berkesan.

- Amalan RAHSIA lengkap untuk kekal cantik & sihat menurut Islam.

Tiada lagi alasan untuk anda terus gemuk dan alami kemurungan serta hilang keyakinan diri terutama pada musim PKP ini kerana anda mampu kuruskan badan anda serta kekal fit & sihat dengan lebih mudah dan berkesan - tanpa sebarang kesan sampingan!

Jika selama ini anda rasakan kuruskan badan adalah sesuatu yang mustahil untuk anda, kini dengan mengamalkan ilmu dalam ebook "Formula Kurus" ini ianya pasti menjadi kenyataan.. Hidup anda akan berubah menjadi lebih yakin dan bersemangat serta ceria dan semakin sihat tanpa keluarkan sebarang kos mahal pun..

Jom pelajari sendiri cara SEBENAR untuk kuruskan badan dengan lebih mudah, pantas dan berkesan klik >> SINI




thumbnail

CARA DAFTAR KAD PEKERJA MADANI

CARA DAFTAR KAD PEKERJA MADANI


Permohonan Kad Pekerja ini boleh dibuat secara dalam talian dengan cara berikut:

1. Tekan butang >> Daftar Sekarang” 

2. Isi maklumat peribadi, maklumat kesatuan dan maklumat majikan yang diminta. 

3. Hantar permohonan untuk disemak dan disahkan oleh kesatuan sekerja

4. Setelah diluluskan, kad digital akan diterima dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas kod QR atau menunjukkan kad digital

** Portal Rasmi : Kad pekerja madani 

Syarat Permohonan : 

- Warganegara Malaysia

- Ahli aktif mana-mana kesatuan sekerja berdaftar yang disahkan oleh kesatuan tersebut

- Tiada yuran pendaftaran; program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan

Apa Itu Kad Pekerja Madani?

Kad Pekerja Madani adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang diperkenalkan khusus untuk ahli kesatuan sekerja dengan tujuan memberikan akses kepada pelbagai diskaun dan kemudahan di lebih 100 syarikat di seluruh negara. 

Kelebihan & Manfaatnya

Berikut merupakan kelebihan dan manfaat yang bakal anda terima jika anda memiliki Kad Pekerja Madani ini:

Diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat termasuk pasar raya dan jenama popular seperti :

AEON

Mydin

 Jakel

 Giant

 Lotus’s

 Marrybrown

 Zus Coffee

 Old Town White Coffee

 Genting

 SOCAR

Bateriku

Tawaran khas untuk servis kereta, barangan asas, perkhidmatan harian, serta akses kepada promosi acara dan perkhidmatan peribadi

Peluang menyertai program latihan bersubsidi dan program kemahiran

Sokongan kebajikan dan keselamatan sosial seperti bantuan kecemasan dan perkhidmatan kesihatan

Kredit : ecentral.my 

thumbnail

Manfaat makan buah betik

 

Manfaat makan buah betik


1. Melancarkan pencernaan
Enzim papain membantu memecahkan protein dan mengurangkan sembelit.
2. Meningkatkan imun badan
Kaya dengan vitamin C yang membantu melawan jangkitan.
3. Menjaga kesihatan mata
Mengandungi vitamin A & beta-karotena yang baik untuk retina dan penglihatan.
4. Mengurangkan keradangan
Kandungan antioksidan seperti likopen bantu kurangkan bengkak & radang sendi.
5. Kulit lebih sihat & cerah
Vitamin C + A membantu penghasilan kolagen dan mempercepat penyembuhan kulit.
6. Baik untuk jantung
Serat, potasium & antioksidan dalam betik bantu menurunkan kolesterol jahat (LDL).
7. Mengawal tekanan darah
Kaya dengan potasium yang membantu seimbangkan cecair dalam badan.
8. Membantu kawal berat badan
Rendah kalori dan tinggi serat → cepat kenyang & kurangkan makan berlebihan.
9. Baik untuk penghadaman bayi & ibu mengandung
Betik masak (bukan betik muda) selamat dan bantu elakkan sembelit.
10. Mencegah risiko kanser tertentu
Antioksidan seperti likopen bantu mengurangkan kerosakan sel.


thumbnail

𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜 𝗔𝗜𝗥 𝗟𝗜𝗠𝗔𝗨 𝗞𝗔𝗦𝗧𝗨𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗨

 

𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜 𝗔𝗜𝗥 𝗟𝗜𝗠𝗔𝗨 𝗞𝗔𝗦𝗧𝗨𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗨


Bahan-bahan:
3 biji limau kasturi
2 sudu besar madu asli
1 cawan air suam panas
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan madu ke dalam cawan berisi air suam panas dan kacau sampai larut.
2. Kemudian, perah limau kasturi ke dalam cawan tersebut.
3. Selepas itu, kacau sampai sebati.
4. Minum pada waktu pagi ketika perut masih kosong.
*Nota penting: Jika anda ada masalah gastrik, sebaiknya ambil sedikit sarapan ringan dahulu sebelum minum air ini.
Dengan amalan minum air limau kasturi madu ini, ia dapat membantu menyahtoksin badan secara dalaman. Jadi, tiadalah masalah bau badan lagi selepas ini.
Selain itu, amalan minum air ini pada setiap pagi dapat lembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan. Oleh itu, ia dapat mengelakkan anda daripada terkena sembelit.
Semoga bermanfaat ☺
sumber : resepi bonda