Blog ini diwujudkan untuk perkongsian maklumat semoga ia memberi manfaat kepada yang memerlukan...

Nak cari Artikel ? Taip dibawah dan klik pada carian :

thumbnail

CARA DAFTAR KAD PEKERJA MADANI

CARA DAFTAR KAD PEKERJA MADANI


Permohonan Kad Pekerja ini boleh dibuat secara dalam talian dengan cara berikut:

1. Tekan butang >> Daftar Sekarang” 

2. Isi maklumat peribadi, maklumat kesatuan dan maklumat majikan yang diminta. 

3. Hantar permohonan untuk disemak dan disahkan oleh kesatuan sekerja

4. Setelah diluluskan, kad digital akan diterima dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas kod QR atau menunjukkan kad digital

** Portal Rasmi : Kad pekerja madani 

Syarat Permohonan : 

- Warganegara Malaysia

- Ahli aktif mana-mana kesatuan sekerja berdaftar yang disahkan oleh kesatuan tersebut

- Tiada yuran pendaftaran; program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan

Apa Itu Kad Pekerja Madani?

Kad Pekerja Madani adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang diperkenalkan khusus untuk ahli kesatuan sekerja dengan tujuan memberikan akses kepada pelbagai diskaun dan kemudahan di lebih 100 syarikat di seluruh negara. 

Kelebihan & Manfaatnya

Berikut merupakan kelebihan dan manfaat yang bakal anda terima jika anda memiliki Kad Pekerja Madani ini:

Diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat termasuk pasar raya dan jenama popular seperti :

AEON

Mydin

 Jakel

 Giant

 Lotus’s

 Marrybrown

 Zus Coffee

 Old Town White Coffee

 Genting

 SOCAR

Bateriku

Tawaran khas untuk servis kereta, barangan asas, perkhidmatan harian, serta akses kepada promosi acara dan perkhidmatan peribadi

Peluang menyertai program latihan bersubsidi dan program kemahiran

Sokongan kebajikan dan keselamatan sosial seperti bantuan kecemasan dan perkhidmatan kesihatan

Kredit : ecentral.my 

Share Artikel ini ke:

Nak Tahu Artikel Terkini

Taip Alamat Email Anda Dan Klik Submit

No Comments