Blog ini diwujudkan untuk perkongsian maklumat semoga ia memberi manfaat kepada yang memerlukan...

Nak cari Artikel ? Taip dibawah dan klik pada carian :

thumbnail

RESEPI NASI AYAM

 

RESEPI NASI AYAM

Bahan-bahan
-Beras 6 cawan dibasuh dan ditoskan
-Air rebusan ayam 11 1/2 cawan yang telah sejuk atau suam (gunakan cawan yg sama ukuran dgn beras. Sila perhatikan, ada jenis beras yang lebih lembut, jadi eloklah dikurangkan airnya)
-Bawang besar 1 biji
-Bawang putih 3 ulas
-Halia 1 ibu jari (bawang besar, bawang putih dan halia dihiris nipis)
-Sehelai daun pandan untuk mewangikan nasi (tidak wajib)
Cara-cara.
-Panaskan dua senduk minyak.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia dalam periuk nasi.
-Setelah bawang dan halia nampak garing dan berbau wangi, masukkan beras yang telah ditoskan tadi.
-Kacau beras supaya sebati dengan minyak dan bahan tumis tadi. Jangan terlebih kacau, nanti beras mudah patah.
-Perlahankan api. Tudung periuk berisi beras tadi. Sesekali buka untuk kacau supaya bahagian bawahnya tidak hangit. Biarkan lebih kurang lima belas minit atau sehingga beras kelihatan sedikit jernih.
-Kemudian, masukkan air rebusan ayam, daun pandan dan garam secukup rasa. Pastikan air rebusan ayam sejuk atau suam. Jika air ini panas, nasi ayam anda akan benyal atau lembik dan jemu bila dimakan.
-Kuatkan api semula. Tanak nasi anda sehingga air rebusan tadi kering. Kacau seketika, perlahankan api, kemudian tudung semula periuk anda sehingga nasi betul-betul masak.
Anda akan lihat nasi ayam anda sangat peroi, berbau wangi dan sedap dimakan. Bau wangi itu datang dari beras yang digoreng dengan minyak, sementara peroi itu datang dari minyak yang meliputi antara beras sewaktu digoreng tadi.
Hidangkan nasi ayam anda bersama ayam bakar atau goreng kicap, kuah kicap, kuah cabai, sup, timun dan tomato.
Selamat mencuba....

Sumber : blog Nurulsham

Share Artikel ini ke:

Nak Tahu Artikel Terkini

Taip Alamat Email Anda Dan Klik Submit

No Comments