Blog ini diwujudkan untuk perkongsian maklumat semoga ia memberi manfaat kepada yang memerlukan...

Nak cari Artikel ? Taip dibawah dan klik pada carian :

thumbnail

Sedekah Kepada Ahli Keluarga

 

Sedekah Kepada Ahli Keluarga


عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ
Daripada Az Zuhriy berkata, telah mengkhabarkan kepada saya Sa'id bin Al Musayyab bahawa dia mendengar Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: “Sedekah yang paling baik ialah sedekah yang diberikan ketika seseorang itu masih berkecukupan (tidak berhajat kepada orang lain), dan mulakanlah dengan (menafkahkan kepada) orang yang berada di bawah tanggunganmu.” (HR Bukhari No: 1337) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Amalan bersedekah atau pemberian kepada orang lain adalah amalan mulia yang dituntut kepada setiap Muslim.
2. Sedekah yang terbaik ialah sedekah yang tidak membawa kepada kemudaratan diri atau tanggungan, sebaliknya dilakukan dengan kemampuan dan keikhlasan.
3. Keutamaan nafkah dan sedekah diberikan kepada ahli keluarga terlebih dahulu seperti isteri, anak dan ibu bapa sebelum bersedekah kepada orang luar.
4. Antara perkara yang membawa kebahagiaan dalam berkeluarga adalah saling melaksanakan tanggungjawab. Satu daripada tanggungjawab ketua keluarga ialah menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
5. Bersedekah atau pemberian yang sebaiknya adalah selepas menyempurnakan hak dan tanggungjawab ke atas ahli keluarga. Firman Allah:
وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ
“Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ” Yang lebih dari keperluan.” (Al Baqarah: 219).
Al ‘afwu dalam ayat di atas bermakna sedekah itu di luar keperluan asas (Ibnu Katsir, 2: 145).
sumber : pertubuhan ikram

Share Artikel ini ke:

Nak Tahu Artikel Terkini

Taip Alamat Email Anda Dan Klik Submit

No Comments