Blog ini diwujudkan untuk perkongsian maklumat semoga ia memberi manfaat kepada yang memerlukan...

Nak cari Artikel ? Taip dibawah dan klik pada carian :

thumbnail

𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐢𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐣𝐨𝐥𝐚𝐧 𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧

 

𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐢𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐣𝐨𝐥𝐚𝐧 𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧

Hanya guna daun belimbing buluh 🌿 + bawang putih 🧄
Campuran 2 bahan dapur ini rupanya kaya khasiat.
Digunakan sejak dahulu dalam perubatan tradisional kerana bersifat :
▪︎ Antibakteria
▪︎ Antiradang
▪︎ Meredakan sakit & bengkak
Manfaatnya :
▪︎ Kempiskan bengkak & sakit sendi
▪︎ Keringkan bisul & jerawat bernanah
▪︎ Kurangkan gatal akibat gigitan serangga
▪︎ Bantu sembuhkan luka ringan secara semula jadi
1. Ramuan luar (sapuan untuk benjolan ringan)
Bahan-bahan :
• 5–7 helai daun belimbing buluh muda
• 2–3 ulas bawang putih
• Sedikit air suam atau minyak kelapa dara (VCO)
Cara penyediaan :
• Cuci bersih daun belimbing buluh dan bawang putih
• Tumbuk hingga lumat sehingga menjadi seperti pasta lembut
• Tambahkan 2–3 titis air suam atau sedikit minyak kelapa dara supaya tidak terlalu panas pada kulit
• Sapukan campuran tersebut pada benjolan atau bahagian yang bengkak secara nipis
• Biarkan selama 15–20 minit, kemudian bilas dengan air suam
• Gunakan 1–2 kali sehari sehingga bengkak berkurangan
⚠️ hindari oles ke luka terbuka,kulit sensitif, atau terlalu lama kerana dapat menyebabkan rasa panas atau iritasi
2. Ramuan dalam (minuman untuk kurangkan radang dari dalam)
Bahan-bahan :
• 5 helai daun belimbing buluh
• 2 ulas bawang putih (digeprek atau di iris nipis)
• 300 ml air
• 1 sendok makan madu asli (pilihan, untuk rasa & kesan antiradang)
Cara penyediaan :
• Rebus daun belimbing buluh dan bawang putih dalam 300 ml air
• Biarkan mendidih selama lebih kurang 10 minit sehingga air tinggal separuh
• saring dan biarkan suam-suam kuku
• Tambahkan madu sebelum diminum
• Minum sekali sehari (lebih kurang ½ gelas) selama 3–5 hari
⚠️ Jangan berlebihan, kerana belimbing buluh bersifat agak masam dan boleh mengganggu perut jika diminum terlalu banyak

Share Artikel ini ke:

Nak Tahu Artikel Terkini

Taip Alamat Email Anda Dan Klik Submit

No Comments