Blog ini diwujudkan untuk perkongsian maklumat semoga ia memberi manfaat kepada yang memerlukan...

Nak cari Artikel ? Taip dibawah dan klik pada carian :

Memaparkan catatan dengan label HIMPUNAN RESEPI MASAKAN. Papar semua catatan
thumbnail

Resepi Makaroni Carbonara Goreng Mudah dan Sedap

 

Resepi Makaroni Carbonara Goreng Mudah dan Sedap


🌶️1 paket makaroni (500 gram)
🌶️1 biji bwg holland (potong dadu)
🌶️6 ulas bwg putih (dicincang)
🌶️0.5 cwn minyak
🌶️3 sb mentega
🌶️5 btg sosej (hiris kecil)
🌶️1 dada ayam (hiris kecil)
🌶️0.5 sb cili flakes
🌶️0.5 sb serbuk lada hitam
🌶️0.5 sb mixed herbs
🌶️0.5 - 1 cwn air rebusan spaghetti
🌶️1 sos prego carbonara
🌶️1 kotak kecil susu
🌶️1 kiub pati ayam
🌶️0.5 - 1 sb garam
🌶️3 keping keju
🌶️0.5 biji capsicum merah
🌶️0.5 biji capsicum hijau
🌶️sedikit daun sup / parsley
Cara memasak:
1. Rebus spaghetti dengan sedikit garam dan minyak sehingga agak lembut. Jangan terlalu lembut ya. Toskan dan jirus dengan air biasa supaya proses masak terhenti.
2. Tumis bwg putih dgn sedikit minyak dan mentega sehingga keperangan. Masukkan pula bwg holland, tumis hingga keperangan.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung agak keperangan. Masukkan sosej dan isi ayam. Bila ayam dan agk masak, masukkan mixed herbs, serbuk lada hitam dan cili flakes (boleh kurgkan lada hitam dan cili kalau xsuka pedas)
4. Masukkan sos carbonara, susu kotak dan air rebusan spaghetti. Kacau sebati.
5. Masukkan kiub pati ayam, garam dan keju. Kacau lagi sehingga keju cair.
6. Masukkan makaroni, capsicum dan daun sup. Kacau bbrp minit sehingga sebati.
7. Sedia untuk dihidang
sumber : Dapur mummy adam


thumbnail

𝙍𝙚𝙨𝙚𝙥𝙞 𝙨𝙖𝙢𝙗𝙖𝙡 𝙗𝙚𝙡𝙖𝙘𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙣𝙜𝙞 , 𝙨𝙚𝙙𝙖𝙥 , 𝙩𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙢𝙖

 

𝙍𝙚𝙨𝙚𝙥𝙞 𝙨𝙖𝙢𝙗𝙖𝙡 𝙗𝙚𝙡𝙖𝙘𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙣𝙜𝙞 , 𝙨𝙚𝙙𝙖𝙥 , 𝙩𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙢𝙖

BAHAN-BAHAN :
-6 biji limau kasturi
(buang biji)
-50 gm belacan bakar
-3 biji cili merah
-1biji cili hijau
-8 biji cili padi hijau
-25 biji cili padi merah
-100 ml air asam jawa pekat
-Masukkan sedikit gula dan garam
*kisar kasar semua bahan.
Tips untuk menghasilkan sambal belacan yang wangi, sedap dan tahan lama.
TIPS 1 :
Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma.
TIPS 2 :
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama.
TIPS 3 :
Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.
TIPS 4 :
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal.
SELAMAT MENCUBA
Sumber : resepi bonda

thumbnail

RESEPI AYAM BAKAR UNTUK NASI AYAM

 

RESEPI AYAM BAKAR UNTUK NASI AYAM


Bahan-bahan.
-Ayam 1 ekor dibelah dua dan direbus (tidak perlu sampai lembut).
-Sos cili 2 senduk
-Kicap 2 senduk
-Sedikit kunyit
-Garam secukup rasa.
-Boleh tambah apa-apa rempah lagi mengikut kesukaan anda.
Cara-cara.
1. Ayam diperap dengan serbuk kunyit, sos, kicap dan garam
2. Susun ayam di atas dulang pembakar (oven)
3. Balut dulang dengan aluminium foil untuk mengelakkan ayam menjadi kering sewaktu dibakar.
4. Bakar pada suhu 250 darjah celcius selama 30 minit, api atas bawah.
5. Setelah cukup 30 minit, keluarkan dulang dari oven dan gunting bahagian tengah aluminium foil untuk melihat keadaan ayam bakar kita.
6. Ayam telah sedia dihidang bersama nasi dan sos-sos serta sup. Hiaskan dengan bawang goreng, timun dan tomato.
Selamat mencuba.
Sumber : blog Nurulsham


thumbnail

RESEPI KUAH KICAP, KUAH SOS CILI, DAN SUP UNTUK NASI AYAM

 

RESEPI KUAH KICAP, KUAH SOS CILI, DAN SUP UNTUK NASI AYAM

RESEPI KUAH KICAP, KUAH SOS CILI, DAN SUP UNTUK NASI AYAM

RESEPI KUAH KICAP, KUAH SOS CILI, DAN SUP UNTUK NASI AYAM


Resepi untuk sos cili
Bahan-bahan.
-Bawang besar 1 biji
-Bawang putih 5 ulas
-Cabai hidup merah 8 biji, dibuang bijinya untuk kurangkan pedas. Boleh juga guna cabai kering yang di potong direndam dalam 10 biji.
-Air perahan asam jawa
-Sedikit air rebusan ayam.
-Garam dan gula.
Cara-caranya.
-Kisar bawang besar, bawang putih, dan cabai. Panaskan kuali dan masukkan 2 senduk minyak. Setelah minyak cukup panas, masukkan campuran yang telah anda kisar tadi.
-Masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan air rebusan ayam (sedikit sahaja).
-Masukkan garam secukup rasa dan dua senduk gula.
-Kacau lagi sehingga naik minyak.
Resepi kuah kicap
Bahan-bahan.
-Sos bekas perapan ayam
-Kicap 1 cawan
-Air rebusan ayam 1 cawan
-Garam secukup rasa.
Cara-caranya.
-Gunakan kuali bekas kuah cabai tadi. Masukkan sedikit minyak.
-Dengan cepat, masukkan sos bekas perapan ayam. Sos ini mempunyai banyak rasa dan sangat sedap.
Nota: untuk sos perap ayam cara Nurulsham, sila rujuk cara sediakan lauk nasi ayam.
-Kacau sedikit dan masukkan kicap.
-Masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa.
-Masak hingga mendidih.
Resepi sup
Bahan-bahan.
-Halia 1 ibu jari
-Bawang putih 3 ulas
-Bawang besar sebiji
-Rempah sup sebungkus
-Garam secukup rasa
-Daun sup dan daun bawang untuk ditabur
Cara-cara.
-Halia, bawang besar dan bawang putih dihiris nipis.
-Tumis bahan tadi dalam minyak.
-Masukkan air rebusan ayam dan rempah sup.
-Masak hingga menggelegak.
Sumber : blog Nurulsham


thumbnail

RESEPI NASI AYAM

 

RESEPI NASI AYAM

Bahan-bahan
-Beras 6 cawan dibasuh dan ditoskan
-Air rebusan ayam 11 1/2 cawan yang telah sejuk atau suam (gunakan cawan yg sama ukuran dgn beras. Sila perhatikan, ada jenis beras yang lebih lembut, jadi eloklah dikurangkan airnya)
-Bawang besar 1 biji
-Bawang putih 3 ulas
-Halia 1 ibu jari (bawang besar, bawang putih dan halia dihiris nipis)
-Sehelai daun pandan untuk mewangikan nasi (tidak wajib)
Cara-cara.
-Panaskan dua senduk minyak.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia dalam periuk nasi.
-Setelah bawang dan halia nampak garing dan berbau wangi, masukkan beras yang telah ditoskan tadi.
-Kacau beras supaya sebati dengan minyak dan bahan tumis tadi. Jangan terlebih kacau, nanti beras mudah patah.
-Perlahankan api. Tudung periuk berisi beras tadi. Sesekali buka untuk kacau supaya bahagian bawahnya tidak hangit. Biarkan lebih kurang lima belas minit atau sehingga beras kelihatan sedikit jernih.
-Kemudian, masukkan air rebusan ayam, daun pandan dan garam secukup rasa. Pastikan air rebusan ayam sejuk atau suam. Jika air ini panas, nasi ayam anda akan benyal atau lembik dan jemu bila dimakan.
-Kuatkan api semula. Tanak nasi anda sehingga air rebusan tadi kering. Kacau seketika, perlahankan api, kemudian tudung semula periuk anda sehingga nasi betul-betul masak.
Anda akan lihat nasi ayam anda sangat peroi, berbau wangi dan sedap dimakan. Bau wangi itu datang dari beras yang digoreng dengan minyak, sementara peroi itu datang dari minyak yang meliputi antara beras sewaktu digoreng tadi.
Hidangkan nasi ayam anda bersama ayam bakar atau goreng kicap, kuah kicap, kuah cabai, sup, timun dan tomato.
Selamat mencuba....

Sumber : blog Nurulsham

thumbnail

Kari Kepala Ikan Special

 

Kari Kepala Ikan Special

Sahabat, bila masa lapang tu meh buat resepi ni...
Bahan-bahan:
40 minit
700 gram kepala ikan merah, boleh di gantikan dengan ikan lain.
Bahan untuk di tumbuk
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawan putih*
1 inci halia.*
1/4 biji bawang besar*
Bahan untuk di tumis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil halba campur
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit daun kari
Bahan-bahan lain berkaitan
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 paket rempah gulai ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 biji tomato di potong 4
5 batang bendi
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *
Bancuhan serbuk kari dan serbuk cili menjadi paste yang pekat
Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan tumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.
Masukkan paste serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.
Siap dan sedia dihidangkan.
Selamat mencuba sahabat nanti share pada rakan 😊
thumbnail

CARA BUAT AYAM BAKAR

 

CARA BUAT AYAM BAKAR


Bahan A:
½ ekor ayam (cuci bersih dan toskan)

Bahan B:
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Bahan C (kuantiti sesuai dengan selera):
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah putih
Garam
Sedikit minyak masak
Lebih kurang 1 sudu besar marjerin
Bahan D:
* Gula atau madu (boleh skip jika tak suka)
Cara-cara masak:
Mula-mula, sediakan mangkuk dan gaul sebati semua bahan C.
Selepas itu, masukkan bahan B dan gaul sebati lagi.
Jika guna gula, terus masuk dan kacau bersama bahan perap tadi.
Kemudian, perap pada ayam sekurang-kurangnya 30 minit.
Jika guna madu, sapu apabila ayam lagi 10 hingga 15 minit nak masak, baru ayam nampak cantik berkilat.
Akhir sekali, bakar dalam oven mengikut suhu masing-masing (saya guna suhu bawah 180ºC, suhu atas 150ºC) lebih kurang 1 jam 30 minit.
Selamat mencuba 🙂


thumbnail

Sambal Sotong Sumbat

 

Sambal Sotong Sumbat

bahan-bahannya :
- 8 ekor sotong sederhana saiznya (dibersihkan)
- 2-3 biji telur
- 1 keping tauhu basah (dilenyek)
- sedikit udang basah (dicincang)
- 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu)
- sedikit serbuk lada sulah
- 5 biji bawang merah (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 sudu makan udang kering (dikisar)
- 3 sudu makan cili giling
- 1 sudu makan serbuk kari ikan (bancuhkan dengan sedikit air)
- sedikit serbuk kunyit
- 1 tangkai daun kari
- sedikit kicap pekat
- sedikit kicap manis
- sedikit air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
Bancuhkan telur bersama sedikit garam, lada sulah, tauhu dan udang.
Kemudian goreng hingga kering. Jika berair, toskan. Ketepikan.
Lumurkan sotong dengan garam dan kunyit.
Kemudian sumbatkan dengan inti telur tadi sampai habis. Sematkan dengan lidi. (gorengkan sebentar dalam 1 minit, kemudian buka lidinya supaya masa menumis nanti isinya tak terkeluar)
Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar dan daun kari hingga wangi.
Masukkan cili giling dan rempah kari.
Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan kicap pekat, kicap manis, garam, gula dan air asam jawa. Kacau lagi hingga sebati.
Akhir sekali masukkan sotong. Kacau hingga kuahnya pekat.
Angkat dan hidangkan.
selamat mencuba kepada sahabat yang memerlukan
sumber : resepi bonda


thumbnail

NASI MINYAK SIMPLE

 

NASI MINYAK SIMPLE


Bahan bahan :
- 3 cawan beras basmathi
- 1/2 cawan margerin/planta
- 3 1/2 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 helai daun pandan
- garam secukupnya
- 1 kuib stok ayam
- Pewarna kuning

BAHAN KISAR:
- 6 biji bawang merag
- 3 ulas bawang putih
- 1 cm halia

BAHAN HIASAN:
- bawang goreng
- daun bawang dihiris

CARA :
1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.
5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah
dihidang bersama bahan hiasan. Siap!

- DAGING BERIANI -

- 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
- 1/2cawan minyak
- 1 cawan air
- 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
- 2 tangkai daun ketumbar
- sedikit garam
- 2 biji kentang dipotong 4
- sedikit susu cair ( agak2 )
- 2 sudu cili kisar

BAHAN KISAR:
- 7 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 labu bawang besar
- 1 1/2 cm halia

CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!

- SELAMAT MENCUBA -
sumber : resepi bonda