Blog ini diwujudkan untuk perkongsian maklumat semoga ia memberi manfaat kepada yang memerlukan...

Nak cari Artikel ? Taip dibawah dan klik pada carian :

Memaparkan catatan dengan label TIPS KESIHATAN. Papar semua catatan
thumbnail

5 Tips Diet MUDAH & Menjimatkan Wang

 5 Tips Diet MUDAH & Menjimatkan Wang


Kini Anda Mampu Turunkan Berat Badan dengan Lebih MUDAH & BERKESAN - Hanya Dari Rumah Anda Sahaja Walaupun Anda Sentiasa Busy!

Ramai yang mahu kuruskan badan tapi mula rasa terbeban apabila membaca senarai wajib apa yang diperlukan untuk kuruskan badan..

Nak bersenam di gym, rasa malu dan segan selain kurang bersemangat bila tidak ada teman yang sanggup bantu temankan anda..

DAN nak start diet, rasa ianya agak rumit dan banyak memerlukan wang..

Ya, jika kita baca menu diet yang betul-betul berkesan untuk turunkan berat badan, antara item yang diperlukan ialah ikan salmon, beras perang, cornflake dan sebagainya.. Ini sememangnya memerlukan kos yang banyak dikala saat yang agak sukar ini.. Fuh, mahal rupanya kos nak kurus ni!

Sebenarnya untuk kurus, anda tak perlu pun untuk keluar duit yang banyak jika anda tahu mengenai BMI & BMR badan anda, berapa kg berat yang anda perlu turunkan untuk jadi lebih fit dan sihat SERTA tahu berapa banyak kalori harian yang perlu anda ambil setiap hari untuk dapatkan berat badan yang dimahukan itu..

Anda terlalu cepat give up bila lihat ada sesuatu halangan yang menyukarkan anda untuk kuruskan badan.. Sedangkan halangan tersebut boleh diatasi jika anda amalkan diet yang betul - yang sesuai dengan badan anda dengan makanan yang ada di rumah anda sahaja..

Berikut antara 5 tips diet yang mudah diikuti dan menjimatkan wang anda jika anda benar-benar serius mahu kuruskan badan:

#1 - Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

#2 - Makan banyak ikan termasuk ikan berminyak seperti sardin dan tenggiri selain ikan salmon dan trout kerana ia sumber protein yang baik.

#3 - Berhenti mengambil makanan yang mempunyai banyak lemak tepu serta berhenti juga ambil minuman dan makanan yang bergula.

#4 - Kurangkan garam dalam makanan - kalau boleh tidak lebih dari 6g setiap hari untuk orang dewasa.

#5 - Banyakkan minum air kosong untuk mengelakkan rasa dahaga dan jangan sekali-kali tinggalkan sarapan pagi.

Inilah tips diet yang paling ringkas tetapi memberikan hasil yang sangat positif dengan penurunan berat badan anda.. Tak perlu pun nak keluarkan kos yang tinggi untuk memulakan diet yang sihat dan baik untuk kesihatan badan anda ini..

"Anda betul-betul nak turunkan berat badan dengan lebih pantas dan konsisten selain dari mengamalkan diet yang berkesan?"

Senang saja - anda perlu mula bersenam untuk membakar lemak-lemak yang ada di badan anda dengan lebih pantas.. Anda tidak perlu pun untuk daftar sertai Gym kerana anda sebenarnya boleh bersenam dari rumah anda sahaja.. Ia lebih selesa & menjimatkan kos anda!

Inilah antara rahsia bagaimana sahabat saya mampu turunkan berat badan sehingga 25kg dalam masa hanya 5 bulan dan badannya kekal fit sampai ke hari ini tanpa perlu belanjakan duit membayar kos yuran keahlian bulanan gym mahupun membeli sebarang ubat kurus.. Caranya terbukti lebih mudah dan berkesan selain selamat & menjimatkan masa dan wang anda..

Beliau turut kongsikan pengalaman cara beliau menguruskan badan dari A sampai Z dalam sebuah ebook yang bertajuk "Formula Kurus".. Ebook ini telah berjaya membantu ramai pembaca menguruskan badan dengan cara yang lebih mudah, pantas dan berkesan tanpa perlu keluar rumah..

Antara ilmu yang bakal anda pelajari daripada ebook "Formula Kurus".. 

- Teknik MALAS bagaimana anda mampu kuruskan badan dengan lebih bijak, mudah & pantas tanpa sebarang supplement merbahaya.

- Penerangan lengkap tentang cara SEBENAR mengira kadar kalori yang badan anda perlukan, BMR (Basal metabolic rate) dan kadar peratusan lemak dalam badan.

- 5 faktor PENTING yang menjadi penentu dan pendorong kepada keberkesanan penurunan berat badan anda.

- Formula diet MUDAH beserta pelan diet 14 hari yang terbukti berkesan menurunkan berat badan anda.

- Formula senaman TERBAIK beserta cara senaman dilakukan yang mampu membantu anda membakar lemak dengan lebih cepat & menurunkan berat badan dengan lebih berkesan.

- Amalan RAHSIA lengkap untuk kekal cantik & sihat menurut Islam.

Tiada lagi alasan untuk anda terus gemuk dan alami kemurungan serta hilang keyakinan diri terutama pada musim PKP ini kerana anda mampu kuruskan badan anda serta kekal fit & sihat dengan lebih mudah dan berkesan - tanpa sebarang kesan sampingan!

Jika selama ini anda rasakan kuruskan badan adalah sesuatu yang mustahil untuk anda, kini dengan mengamalkan ilmu dalam ebook "Formula Kurus" ini ianya pasti menjadi kenyataan.. Hidup anda akan berubah menjadi lebih yakin dan bersemangat serta ceria dan semakin sihat tanpa keluarkan sebarang kos mahal pun..

Jom pelajari sendiri cara SEBENAR untuk kuruskan badan dengan lebih mudah, pantas dan berkesan klik >> SINI




thumbnail

Hilang sakit badan dan lancar perjalanan aliran darah

 

Hilang sakit badan dan lancar perjalanan aliran darah

Bahan-bahan :
>3 sudu besar halba.
>3 inci halia.
> 2 batang serai.
>1 sudu besar asam jawa.
> 1000 ml air.
Cara-cara penyediaan:
1. Rebus halia, halba & serai dalam air
2. Biarkan sampai mendidih
3. Tutup api, masukkan asam jawa & kacau
* Minum ketika air masih suam amalkan
minum sebelum nak tidur malam.


thumbnail

RAWATAN DEMAM DAN BATUK

 

RAWATAN DEMAM DAN BATUK


Cik mia dah hilang demam dan batuk hanya guna petua panaskan air sarsi dan minum.
Alhamdulillah batuk dan demam cik mia dah hilang.
Harini dah boleh kembali ke asrama/sekolah. Semoga anak ibu baik-baik sahaja ya 🤗
P/s: sempat bagi 2 cawan jer batuk hilang serta merta.
Selamat mencuba kita hanya ikhtiar.. insyaallah


thumbnail

Jom buat detoks untuk buang lendir dalam badan

 

Jom buat detoks untuk buang lendir dalam badan

Manfaat hebat bawang putih + limau nipis
1. Membersihkan paru-paru & lendir
Gabungan ini bantu mencairkan lendir di saluran pernafasan.
Sesuai untuk perokok, batuk berkahak, atau selalu sesak dada.
Bawang putih bersifat antibakteria, manakala limau nipis bantu melonggarkan kahak & bersihkan paru-paru
2. Turunkan kolesterol & tekanan darah
Bawang putih bantu kawal kolesterol jahat (LDL), sementara vitamin C dari limau nipis bantu kuatkan salur darah.
Minum secara konsisten boleh bantu elak risiko strok & serangan jantung
3. Tingkatkan sistem imun badan
Dua-dua bahan ni kaya antioksidan dan bersifat antimikrob.
Gabungan ni bantu badan lawan virus, bakteria & jangkitan seperti selsema atau flu
4. Redakan sakit gigi & sakit tekak
Perah limau nipis dan campur dengan bawang putih tumbuk halus.
Boleh dijadikan kumuran semula jadi.
Gabungan ni bantu kurangkan sakit tekak, radang gusi & bau mulut
5. Bantu bakar lemak & kuruskan badan
Limau nipis bantu detoks hati & usus, manakala bawang putih aktifkan metabolisme.
Minum waktu pagi bantu lancarkan pencernaan dan singkir lemak degil secara semula jadi
6. Cairkan darah & lancarkan peredaran
Senyawa allicin dari bawang putih bertindak sebagai antikoagulan semula jadi, bantu elak pembekuan darah.
Digabung dengan vitamin C dari limau nipis, aliran darah jadi lebih lancar
7. Kurangkan stres & segarkan badan
Aroma limau nipis bantu tenangkan sistem saraf, sementara bawang putih melancarkan oksigen ke otak.
Hasilnya kepala rasa ringan, badan segar, dan tidur lebih lena
Petua amalan :
Bahan :
• 2 ulas bawang putih (diketuk)
• ½ biji limau nipis (perah airnya)
• 250ml air suam
Cara buat :
1. Campur semua bahan, biar 5–10 minit
2. Minum waktu pagi sebelum sarapan, 2–3 kali seminggu
3. Boleh tambah madu asli sedikit untuk kurangkan bau & bagi rasa lebih sedap
Selamat mencuba


thumbnail

Cara hancur batu karang dalam ginjal

 

Cara hancur batu karang dalam ginjal


Akar betik rebus dapat hancurkan batu karang dalam ginjal
Ia juga dapat
- Menghentikan perdarahan rahim,
- Membunuh cacing dalam rahim
- Menolong membantu pencernaan makanan, dan merawat penyakit buasir serta dapat melawas pembuangan air kecil.
Caranya ialah merebus akar betik dan meminum air rebusannya.
Selamat mencuba petua ini, moga ia bermanfaat kita hanya ikhtiar insyaallah...
Sumber : KamaRul Zaman


thumbnail

Apa kelebihan bila kita makan bawang putih bakar

 

Apa kelebihan bila kita makan bawang putih bakar


Kelebihannya adalah :
1. Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
Kandungan antioksidan dan antibakteria membantu tubuh melawan virus serta bakteria penyebab penyakit.
2. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Bawang putih bakar membantu melancarkan peredaran darah dan mengendurkan pembuluh darah.
3. Menurunkan Kolesterol Jahat (LDL)
Pengambilan rutin dapat membantu menstabilkan kadar kolesterol dan menjaga kesihatan jantung.
4. Meredakan Batuk dan Flu
Sifat antimikroba dan anti-radang membantu melegakan tenggorok serta mempercepat penyembuhan selesema.
5. Menstabilkan Gula Darah
Membantu mengawal kadar gula dalam darah bagi penderita pra-diabetes atau diabetes ringan.
6. Melancarkan Pencernaan & Mengeluarkan Toksin
Bawang putih bakar merangsang enzim pencernaan dan membantu proses detoksifikasi hati.
Cara Mengolah Bawang Putih Bakar:
Bahan:
•3–4 siung bawang putih segar
•Sedikit garam
Langkah:
1. Kupas kulit luar bawang putih.
2. Letakkan di atas wajan tanpa minyak atau di oven suhu rendah (±150°C).
3. Bakar ±5–7 minit hingga permukaannya kecoklatan dan lembut.
4. Biarkan sedikit sejuk, lalu boleh dimakan langsung atau dicampur madu suam.
📅 Aturan minum:
1–2 siung setiap pagi sebelum sarapan atau malam sebelum tidur.
⚠️ Kesan Sampingan (Jika Berlebihan):
•Perut terasa pedih atau kembung
•Nafas berbau kuat
•Menurunkan tekanan darah terlalu rendah (pada individu tertentu)
•Risiko pendarahan bagi yang mengambil ubat pencair darah
🚫 Golongan yang Tidak Boleh Mengambil Secara Berlebihan:
1. Orang dengan gangguan pencernaan (gastrik, ulser, GERD)
2. Penderita tekanan darah rendah (hipotensi)
3. Pesakit yang sedang mengambil ubat pencair darah (seperti warfarin atau aspirin)
4. Wanita hamil awal (trimester pertama) — kerana boleh menyebabkan rasa mual berlebihan.


thumbnail

Manfaat masak nasi bersama bawang putih

 

Manfaat masak nasi bersama bawang putih

Manfaat Utama:
1. Menurunkan Kolesterol Jahat (LDL)
Kandungan allicin dalam bawang putih membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam darah.
2. Mencegah Tekanan Darah Tinggi
Aroma dan zat aktif dalam bawang putih membantu melancarkan peredaran darah dan menstabilkan tekanan darah.
3. Menguatkan Sistem Imun Tubuh
Bawang putih mengandungi antioksidan tinggi yang membantu melawan bakteria dan virus.
4. Mengurangkan Gula Darah
Amalan ini sesuai untuk membantu menstabilkan kadar gula bagi pesakit pra-diabetes.
5. Melancarkan Pencernaan
Nasi yang dimasak bersama bawang putih lebih mudah dicerna dan membantu mengurangkan rasa kembung.
6. Memberi Aroma dan Rasa Sedap Semula Jadi
Tidak perlu menambah garam atau perisa tambahan; bawang putih sudah memberi rasa umami semula jadi.
🍚 Resipi & Cara Menyediakan:
🧄 Bahan-bahan:
•Beras – 2 cawan
•Air – ikut sukatan biasa untuk nasi
•Bawang putih – 3 hingga 4 ulas (boleh ditumbuk kasar atau dibiarkan seulas penuh, bergantung pada cita rasa)
•Sedikit minyak zaitun (1 sudu teh) – pilihan tambahan untuk aroma dan khasiat
👩‍🍳 Cara Memasak:
1. Cuci beras seperti biasa.
2. Masukkan air mengikut sukatan.
3. Tambahkan bawang putih yang telah diketuk sedikit (supaya zat allicin keluar).
4. Titiskan sedikit minyak zaitun jika mahu.
5. Masak seperti biasa dalam rice cooker.
6. Setelah masak, biarkan 5 minit sebelum dihidang agar aroma menyerap sempurna.
⚠️ Siapa yang Tidak Disarankan Mengambil Bawang Putih Secara Berlebihan:
•Individu yang mempunyai masalah perut sensitif (gastrik kronik atau ulser).
•Orang yang sedang mengambil ubat pencair darah seperti warfarin, kerana bawang putih boleh meningkatkan risiko pendarahan.
•Wanita hamil trimester pertama, kerana bau kuat bawang putih kadangkala menyebabkan mual berlebihan.
•Pesakit yang akan menjalani pembedahan, sebaiknya elakkan 7 hari sebelum pembedahan.


thumbnail

Badan jadi segar bila amal minum air kosong lepas bangun tidur

 

Badan jadi segar bila amal minum air kosong lepas bangun tidur


Masa kita tidur malam, badan sebenarnya masih bekerja.
Dia tapis toksin, betulkan sel, dan guna tenaga perlahan-lahan. Tapi dalam 6 ke 8 jam tu, satu titik air pun kita tak minum. Bayangkan — badan tengah kering, tapi tetap kena teruskan kerja.
Sebab tu bila bangun pagi, mulut rasa kering, badan rasa lemah, kepala pun kadang pening.
Orang Jepun lama dah tahu rahsia ni.
Depa ada satu amalan yang nampak kecil, tapi sangat besar kesannya — minum air kosong sejurus lepas bangun tidur.
Bila kita buat macam tu, badan terus “hidup” semula.
Air tu masuk dan tolong buah pinggang buang sisa toksin yang terkumpul masa tidur. Metabolisme kita pun naik, badan rasa segar, otak pun lebih fokus.
Kalau tak percaya, cuba buat seminggu.
Bangun ja pagi, jangan capai telefon dulu.
Ambil satu gelas air — bukan kopi, bukan teh, cuma air kosong. Minum perlahan-lahan.
Hang akan rasa perbezaan dia.
Perut rasa ringan, kulit makin lembut, kepala pun kurang berat.
Benda kecil, tapi kesan dia besar.
Segelas air kosong waktu pagi tu kadang lebih berharga dari segelas kopi mahal, sebab dia hidupkan semula seluruh sistem dalam badan.