Blog ini diwujudkan untuk perkongsian maklumat semoga ia memberi manfaat kepada yang memerlukan...

Nak cari Artikel ? Taip dibawah dan klik pada carian :

thumbnail

CARA BUAT AYAM BAKAR

 

CARA BUAT AYAM BAKAR


Bahan A:
½ ekor ayam (cuci bersih dan toskan)

Bahan B:
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Bahan C (kuantiti sesuai dengan selera):
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah putih
Garam
Sedikit minyak masak
Lebih kurang 1 sudu besar marjerin
Bahan D:
* Gula atau madu (boleh skip jika tak suka)
Cara-cara masak:
Mula-mula, sediakan mangkuk dan gaul sebati semua bahan C.
Selepas itu, masukkan bahan B dan gaul sebati lagi.
Jika guna gula, terus masuk dan kacau bersama bahan perap tadi.
Kemudian, perap pada ayam sekurang-kurangnya 30 minit.
Jika guna madu, sapu apabila ayam lagi 10 hingga 15 minit nak masak, baru ayam nampak cantik berkilat.
Akhir sekali, bakar dalam oven mengikut suhu masing-masing (saya guna suhu bawah 180ยบC, suhu atas 150ยบC) lebih kurang 1 jam 30 minit.
Selamat mencuba ๐Ÿ™‚


Share Artikel ini ke:

Nak Tahu Artikel Terkini

Taip Alamat Email Anda Dan Klik Submit

No Comments