Blog ini diwujudkan untuk perkongsian maklumat semoga ia memberi manfaat kepada yang memerlukan...

Nak cari Artikel ? Taip dibawah dan klik pada carian :

thumbnail

RESEPI AYAM BAKAR UNTUK NASI AYAM

 

RESEPI AYAM BAKAR UNTUK NASI AYAM


Bahan-bahan.
-Ayam 1 ekor dibelah dua dan direbus (tidak perlu sampai lembut).
-Sos cili 2 senduk
-Kicap 2 senduk
-Sedikit kunyit
-Garam secukup rasa.
-Boleh tambah apa-apa rempah lagi mengikut kesukaan anda.
Cara-cara.
1. Ayam diperap dengan serbuk kunyit, sos, kicap dan garam
2. Susun ayam di atas dulang pembakar (oven)
3. Balut dulang dengan aluminium foil untuk mengelakkan ayam menjadi kering sewaktu dibakar.
4. Bakar pada suhu 250 darjah celcius selama 30 minit, api atas bawah.
5. Setelah cukup 30 minit, keluarkan dulang dari oven dan gunting bahagian tengah aluminium foil untuk melihat keadaan ayam bakar kita.
6. Ayam telah sedia dihidang bersama nasi dan sos-sos serta sup. Hiaskan dengan bawang goreng, timun dan tomato.
Selamat mencuba.
Sumber : blog Nurulsham


Share Artikel ini ke:

Nak Tahu Artikel Terkini

Taip Alamat Email Anda Dan Klik Submit

No Comments