عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْكَبَائِرِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ
Pengajaran:
1. Dosa besar ialah kesalahan yang dijanjikan azab yang pedih jika pelakunya tidak melakukan taubat nasuhah hingga diampunkan dosanya oleh Allah.
2. Antara dosa besar tersebut:
a. Syirik kepada Allah (menyekutukan Allah dengan sesuatu sama ada dalam ibadah, kepercayaan, atau niat.) Dosa syirik tidak diampunkan jika ia mati tanpa bertaubat.
b. Derhaka kepada kedua ibu bapa (tidak menghormati, menyakiti hati seperti meninggikan suara, berkata kasar, juga mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa) merupakan dosa besar yang mengundang kemurkaan Allah.
c. Membunuh sesama manusia kecuali dengan sebab yang dibenarkan syarak (seperti hukuman qisas atau mempertahankan diri).
d. Memberi kesaksian palsu (berbohong dalam pengakuan atau keterangan bagi menzalimi orang lain, menipu dalam urusan hukum, atau memutarbalikkan kebenaran).
3. Setiap anak tidak boleh menyakiti kedua ibu bapaknya, baik dengan perkataan, tindakan mahupun perbuatan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Derhaka kepada ibu bapa merupakan dosa besar kedua selepas dosa perbuatan syirik.
4. Hadis ini menegaskan keutamaan menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Dosa besar sering berpunca daripada pelanggaran terhadap hak Allah (seperti syirik) dan hak manusia (seperti derhaka, membunuh, dan menipu).
Sumber : Pertubuhan Ikram
Share Artikel ini ke:
Tags :
HIMPUNAN HADIS
Nak Tahu Artikel Terkini
Taip Alamat Email Anda Dan Klik Submit

No Comments