Blog ini diwujudkan untuk perkongsian maklumat semoga ia memberi manfaat kepada yang memerlukan...

Nak cari Artikel ? Taip dibawah dan klik pada carian :

thumbnail

RAWATAN SAKIT LUTUT DAN SENDI

 

RAWATAN SAKIT LUTUT DAN SENDI GUNA HERBA


Aduhh sakit lutut , sakit sendi rasanya dah bengkak, sahabat boleh ikhtiar dengan pokok sireh cina
Pokok ini terkenal sebagai herba tradisional yang membantu merawat sakit lutut, sendi, dan urat. Ia mempunyai sifat anti-radang dan penyejuk badan yang tinggi, sesuai untuk digunakan secara luaran dan dalaman.
Bahan :
2 genggam daun segar
Cara :
1. Untuk tampal :
Ambil 1 Genggam Daun dan tumbuk hingga lumat.
Tampalkan pada lutut atau bahagian sendi yang sakit.
Biarkan 60 minit sebelum dibilas.
2. Untuk minum :
Rebus 1 genggam daun dengan 3 gelas air hingga tinggal 1 gelas.
Tapis dan minum suam 2 kali sehari.
Kenapa mujarab :
Daun ini mengandungi antioksidan dan bahan semula jadi anti-radang dan bantu lancarkan peredaran darah di sekitar sendi.
✅ Mengurangkan bengkak dan sakit lutut.
✅ Membuang toksin dalam badan.
✅ Menyejukkan badan dan menstabilkan tenaga dalaman.
Selamat mencuba sebagai ikhtiar insyaallah...


Share Artikel ini ke:

Nak Tahu Artikel Terkini

Taip Alamat Email Anda Dan Klik Submit

No Comments