Blog ini diwujudkan untuk perkongsian maklumat semoga ia memberi manfaat kepada yang memerlukan...

Nak cari Artikel ? Taip dibawah dan klik pada carian :

Memaparkan catatan dengan label INFO PELBAGAI. Papar semua catatan
thumbnail

𝟲 𝗞𝗲𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘁𝗲𝗹𝗲𝗳𝗼𝗻

𝟲 𝗞𝗲𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘁𝗲𝗹𝗲𝗳𝗼𝗻

1. Risiko tersedak

Terlalu fokus pada skrin boleh menyebabkan seseorang tidak mengunyah makanan dengan betul dan berisiko tersedak.
2. Obesiti
Otak tidak dapat mengenal isyarat kenyang dengan baik, menyebabkan pengambilan makanan berlebihan.
3. Kekurangan deria rasa
Kanak-kanak terutamanya tidak dapat mengenali rasa dan tekstur makanan, yang penting untuk perkembangan deria mereka.
4. Perkembangan kognitif dan motor halus terjejas
Terutamanya pada kanak-kanak, ini menghalang mereka daripada belajar cara makan yang betul dan melemahkan kemahiran motor halus seperti memegang sudu, garfu, atau makanan.
5. Penyebaran kuman
Permukaan telefon bimbit sering kotor dengan kuman, yang boleh berpindah ke makanan dan mulut semasa makan.
6. Kurang sopan
Menggunakan telefon semasa makan bersama orang lain dianggap tidak sopan dan mengganggu interaksi sosial.

thumbnail

CARA CHECK SCAMMER ONLINE

 CARA CHECK SCAMMER ONLINE


Tahukah anda, kini anda boleh membuat semakan ataupun check scammer secara dalam talian melalui portal Semak Mule CCID PDRM klik sini >> https://semakmule.rmp.gov.my
Portal Semak Mule CCID PDRM ialah platform rasmi Polis Diraja Malaysia untuk menyemak akaun bank atau nombor telefon yang disyaki terlibat dengan penipuan.
Semoga ia bermanfaat pada sahabat yang memerlukan


thumbnail

𝗔𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗷𝗶𝗿

 

𝗔𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗮𝗻𝗷𝗶𝗿


𝗔𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗷𝗶𝗿


Beberapa peringatan ringkas untuk keselamatan sebelum & semasa banjir:

✅ Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
✅ Ambil perhatian pada amaran atau siren banjir
✅ Jangan panik, kekal bertenang walaupun dalam tekanan
✅ Buat persediaan dari awal ( sekarang )
Sedikit persediaan secara ringkas yang boleh kita buatkan.
Jaga diri & kekal selamat musim tengkujuh ni!