Resepi untuk sos cili
Bahan-bahan.
-Bawang putih 5 ulas
-Cabai hidup merah 8 biji, dibuang bijinya untuk kurangkan pedas. Boleh juga guna cabai kering yang di potong direndam dalam 10 biji.
-Air perahan asam jawa
-Sedikit air rebusan ayam.
-Garam dan gula.
Cara-caranya.
-Kisar bawang besar, bawang putih, dan cabai. Panaskan kuali dan masukkan 2 senduk minyak. Setelah minyak cukup panas, masukkan campuran yang telah anda kisar tadi.
-Masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan air rebusan ayam (sedikit sahaja).
-Masukkan garam secukup rasa dan dua senduk gula.
-Kacau lagi sehingga naik minyak.
Resepi kuah kicap
Bahan-bahan.
-Sos bekas perapan ayam
-Kicap 1 cawan
-Air rebusan ayam 1 cawan
-Garam secukup rasa.
Cara-caranya.
-Gunakan kuali bekas kuah cabai tadi. Masukkan sedikit minyak.
-Dengan cepat, masukkan sos bekas perapan ayam. Sos ini mempunyai banyak rasa dan sangat sedap.
Nota: untuk sos perap ayam cara Nurulsham, sila rujuk cara sediakan lauk nasi ayam.
-Kacau sedikit dan masukkan kicap.
-Masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa.
-Masak hingga mendidih.
Resepi sup
Bahan-bahan.
-Halia 1 ibu jari
-Bawang putih 3 ulas
-Bawang besar sebiji
-Rempah sup sebungkus
-Garam secukup rasa
-Daun sup dan daun bawang untuk ditabur
Cara-cara.
-Halia, bawang besar dan bawang putih dihiris nipis.
-Tumis bahan tadi dalam minyak.
-Masukkan air rebusan ayam dan rempah sup.
-Masak hingga menggelegak.
Sumber : blog Nurulsham
Share Artikel ini ke:
Tags :
HIMPUNAN RESEPI MASAKAN
Nak Tahu Artikel Terkini
Taip Alamat Email Anda Dan Klik Submit



No Comments