Gembirakan Ibu bapa
Tangan Di atas Lebih Baik Dari Di bawah
Tiga Golongan Mustajab Doa
Menghubungkan Silaturahim Sahabat Kedua Ibu bapa
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَجُلًا مِنْ الْأَعْرَابِ لَقِيَهُ بِطَرِيقِ مَكَّةَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ عَبْدُ اللَّهِ وَحَمَلَهُ عَلَى حِمَارٍ كَانَ يَرْكَبُهُ وَأَعْطَاهُ عِمَامَةً كَانَتْ عَلَى رَأْسِهِ فَقَالَ ابْنُ دِينَارٍ فَقُلْنَا لَهُ أَصْلَحَكَ اللَّهُ إِنَّهُمْ الْأَعْرَابُ وَإِنَّهُمْ يَرْضَوْنَ بِالْيَسِيرِ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ إِنَّ أَبَا هَذَا كَانَ وُدًّا لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ وَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أَبَرَّ الْبِرِّ صِلَةُ الْوَلَدِ أَهْلَ وُدِّ أَبِيهِ
Daripada Abdullah bin Umar RA dia berkata; "Seorang laki-laki desa bertemu dengannya di salah satu jalan menuju kota Mekah. Lalu Abdullah memberi salam kepadanya dan menaikkannya ke atas keldai yang ditungganginya, dan memberinya serban yang sedang dipakainya di kepala." Kata Ibnu Dinar; "Maka kami berkata kepada Abdullah bin Umar; 'semoga Allah membalas kebaikan kamu. Sesungguhnya orang desa itu lebih suka yang sederhana." Jawab Abdullah; "Sesungguhnya bapa orang ini dahulu adalah sahabat baik Umar bin al-Khathab (ayahnya). Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik bentuk kebaktian ialah apabila seorang anak melanjutkan hubungan (silaturahim) dengan keluarga sahabat baik ayahnya." (HR Muslim No: 4629) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa bukan sahaja semasa hidup mereka, malah perlu berterusan selepas keduanya meninggal dunia.
2. Selain daripada mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapa, seorang anak juga disuruh menghubungkan ukhuwah dan silaturahim dengan keluarga dan sahabat ibu bapa.
3. Berbuat baik dengan sahabat baik ibu bapa juga adalah antara cara berbakti kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia. Islam menuntut kita menghargai hubungan silaturahim dan kasih sayang yang berpanjangan.
4. Menurut Imam al-Nawawi: Kebaktian yang paling sempurna selepas kewafatan ibu bapa ialah dengan si anak menjaga hubungan dan berbuat baik kepada orang-orang yang pernah menjadi sahabat dan teman rapat kepada ibu bapanya.
5. Kebaikan yang kecil tetap bernilai besar di sisi Allah seperti menumpangkan seseorang menaiki kenderaan menuju ke sesuatu tempat juga memberi pakaian, walaupun kepada seorang Badwi, dikira sebagai amal kebajikan yang agung.
Semoga kita sentiasa berbakti kepada ibu bapa walaupun mereka telah meninggal dunia dengan cara menghubungkan silaturahim keluarga dan sahabat handai ibu bapa.
Sumber : Pertubuhan Ikram
Amalan Anak Soleh
Elak Jadi Peminta
Jadilah Orang Yang Paling Baik Pada Ahli Keluarga
Sedekah Kepada Ahli Keluarga
Jadilah Wanita Solehah
Bersederhana dalam makan dan minum
Larangan Makan dan Minum Berdiri
Pemberian Nafkah Kepada Keluarga Adalah Sedekah
𝗖𝗶𝗿𝗶 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗶𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻𝗶
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Wanita itu dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah Wanita yang beragama, nescaya kamu akan beruntung dan beroleh kebahagiaan." (HR Bukhari No: 4700) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Perkahwinan adalah ibadah yang digalakkan bagi yang berkemampuan untuk menyalurkan naluri seks yang halal serta dibenarkan oleh syarak untuk mencari keredhaan Allah.
2. Wanita ideal yang dipilih menjadi isteri sebaiknya memiliki empat ciri berikut:
a) Berharta
b) Berketurunan baik (termasuk keturunan yang ramai)
c) Cantik
d) Beragama
3. Pemilihan wanita yang berdasarkan kepada harta, keturunan dan kecantikan semata-mata tidak digalakkan oleh Islam. Pemilihan ini tidak dapat menjamin sepenuhnya kebahagiaan rumahtangga serta pendidikan anak-anak yang bakal dilahirkan.
4. Pemilihan jodoh sama ada bagi lelaki mahupun wanita hendaklah mengutamakan kepada mereka yang beragama dan beramal dengan kehendak agama (soleh dan solehah). Selepas aspek beragama, barulah dilihat aspek harta, keturunan dan kecantikan.
5. Memilih pasangan yang beragama sebagai keutamaan dan pra syarat akan melahirkan kehidupan yang Sakinah mawaddah warahmah serta menjadikan hidupnya sentiasa kaya dengan akhlak, rohani dan jasmani serta beruntung di dunia dan akhirat.
6. Imam Nawawi menjelaskan maksud: “فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ” ialah pilihlah wanita yang beragama, kerana wanita yang beragama akan mendidik keluarga atas dasar taqwa, menjaga maruah, dan membawa ketenangan hidup.
7. Rasulullah SAW juga mengingatkan kita:
لاَ تَزَوَّجُوا النِّسَاءَ لِحُسْنِهِنَّ فَعَسَى حُسْنُهُنَّ أَنْ يُرْدِيَهُنَّ وَلاَ تَزَوَّجُوهُنَّ لأَمْوَالِهِنَّ فَعَسَى أَمْوَالُهُنَّ أَنْ تُطْغِيَهُنَّ وَلَكِنْ تَزَوَّجُوهُنَّ عَلَى الدِّينِ وَلأَمَةٌ خَرْمَاءُ سَوْدَاءُ ذَاتُ دِينٍ أَفْضَلُ
Janganlah kalian menikahi para wanita semata-mata kerana kecantikan mereka, kerana kecantikannya mungkin akan merosakkan mereka (kerana tertipu dan sombong dengan kecantikan). Jangan juga menikahi para wanita kerana harta mereka kerana berkemungkinan harta akan menyebabkan mereka jatuh dalam maksiat dan kejahatan. Akan tetapi, hendaklah kalian berkahwin dengan perempuan atas dasar agama. Seorang hamba perempuan yang sumbing pada mulut dan telinga tetapi mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna lebih baik (daripada perempuan yang merdeka yang membelakangi perintah agamanya. (HR Ibn Majah No: 185).
8. Hadis ini menggariskan prinsip penting dalam membina rumah tangga bahagia, iaitu menjadikan agama sebagai kriteria tertinggi dalam memilih pasangan. Kecantikan, keturunan, dan kekayaan hanyalah hiasan sementara, tetapi agama dan akhlak yang baik menjamin kebahagiaan yang kekal.
Bersama membina keluarga bahagia. Kasih Keluarga, Bahagia Bersama
Sumber : Pertubuhan Ikram
𝗝𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗮𝗺𝗶 𝗠𝗶𝘁𝗵𝗮𝗹𝗶
-
▼
2025
(91)
-
▼
November
(91)
- Sedekah Mengikut Keutamaan
- Kelebihan Bersedekah
- 𝗥𝗲𝘀𝗲𝗽𝗶 𝗰𝗵𝘂𝗿𝗿𝗼𝘀
- NASI MINYAK SIMPLE
- 𝗝𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗮𝗺𝗶 𝗠𝗶𝘁𝗵𝗮𝗹𝗶
- 𝗔𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗱𝗮𝗻 ...
- 𝗖𝗶𝗿𝗶 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗶𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻𝗶
- CARA CHECK SCAMMER ONLINE
- Hargai dan bantulah isterimu
- Sambal Sotong Sumbat
- Pemberian Nafkah Kepada Keluarga Adalah Sedekah
- Petua nak sayur kekal hijau walaupun di celur
- Larangan Makan dan Minum Berdiri
- RAWATAN DARAH TINGGI
- RAWATAN GASTRIK
- RAWATAN JANGKITAN DAN RADANG
- RAWATAN SAKIT SENDI DAN RADANG SENDI
- RAWATAN MASALAH HATI DAN DETOKS TUBUH
- RAWATAN KOLESTEROL TINGGI
- Bersederhana dalam makan dan minum
- RAWATAN SAKIT KEPALA
- RAWATAN KEBAS KEBAS TUBUH BADAN
- RAWATAN KANSER
- RAWATAN KENCING MANIS DIABETES
- RAWATAN MENYIHATKAN HATI DAN BUAH PINGGANG
- RAWATAN MENGUATKAN IMUN DAN MENGATASI ANEMIA
- Jadilah Wanita Solehah
- CARA BUAT AYAM BAKAR
- CARA BUAT RACUN SERANGGA TANPA BAHAN KIMIA
- Sedekah Kepada Ahli Keluarga
- Jadilah Orang Yang Paling Baik Pada Ahli Keluarga
- Tanam saderi dalam botol plastik tak perlu menyiram
- RAWATAN MEREDAKAN PENYAKIT GOUT GUNA SAYURAN
- Buah naga (dragon fruit)
- Elak Jadi Peminta
- Tips nak pilih telur ayam
- Kari Kepala Ikan Special
- RAWATAN BUANG ANGIN DALAM BADAN
- Makan terung pipit buat kencing manis (diabetis ) ...
- Badan jadi segar bila amal minum air kosong lepas ...
- Cara halau kutu putih pada tanaman
- Petua Air Flush Buah Pinggang
- RESEPI KEK SARANG SEMUT
- Cara buat wangian dalam rumah
- Buah kemuting apa khasiatnya
- Faedah senaman berjalan
- RAWATAN MELEGAKAN STRES DAN MENENANGKAN SARAF
- RAWATAN MELANCARKAN PENCERNAAN
- RAWATAN UNTUK KULIT DAN ANTI PENUAAN
- Apa manfaat air kelapa muda dan perahan lemon
- Manfaat masak nasi bersama bawang putih
- Apa kelebihan bila kita makan bawang putih bakar
- Cara hancur batu karang dalam ginjal
- Jom buat detoks untuk buang lendir dalam badan
- RAWATAN SAKIT LUTUT DAN SENDI
- RAWATAN DEMAM DAN BATUK
- RAWATAN MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
- RAWATAN MELEGAKAN BATUK DAN KAHAK
- RAWATAN MENGURANGKAN MASALAH SENDI DAN LENGUH BADAN
- RAWATAN MENYEGARKAN BADAN DAN MINDA
- RAWATAN MENGUATKAN GIGI DAN GUSI
- 𝟲 𝗞𝗲𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗯𝗲...
- RESEPI NASI AYAM
- RESEPI KUAH KICAP, KUAH SOS CILI, DAN SUP UNTUK NA...
- RESEPI AYAM BAKAR UNTUK NASI AYAM
- Amalan Anak Soleh
- 𝗥𝗮𝗵𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗮𝘂𝗻 𝗷𝗮𝗺𝗯𝘂 𝗯𝗮𝘁𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂...
- Menghubungkan Silaturahim Sahabat Kedua Ibu bapa
- Hilang sakit badan dan lancar perjalanan aliran darah
- Darah tinggi & kolesterol menurun
- Kulit labu dapat jadikan baja Organik Tinggi Nutrisi
- 𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐢𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐣𝐨𝐥𝐚𝐧 𝐫𝐢...
- Herba hancurkan sel kanser dalam badan
- 𝙍𝙚𝙨𝙚𝙥𝙞 𝙨𝙖𝙢𝙗𝙖𝙡 𝙗𝙚𝙡𝙖𝙘𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙣𝙜...
- Tiga Golongan Mustajab Doa
- Jom buat Puding Cocktail
- Cara bersih kotoran pada mata
- Tangan Di atas Lebih Baik Dari Di bawah
- Resepi Kek Batik Coklat
- Rawatan gatal pada seluruh badan
- Petua nak mudah cepat tidur
- Gembirakan Ibu bapa
- 𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜 𝗔𝗜𝗥 𝗟𝗜𝗠𝗔𝗨 𝗞𝗔𝗦𝗧𝗨𝗥𝗜 𝗠𝗔...
- Manfaat makan buah betik
- CARA DAFTAR KAD PEKERJA MADANI
- 5 Tips Diet MUDAH & Menjimatkan Wang
- Berat tak turun-turun walau dah Berdiet & bersenam
- Dosa Besar Menderhaka Kepada Ibu bapa
- Resepi Makaroni Carbonara Goreng Mudah dan Sedap
- 𝗥𝗲𝘀𝗲𝗽𝗶 𝗞𝗲𝗸 𝗞𝗼𝗽𝗶
- Cara nak bersih paru-paru yang kotor
-
▼
November
(91)














