عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ فَقُلْتُ عَنْ النَّبِيِّ فَقَالَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الْمُسْلِمُ نَفَقَةً عَلَى أَهْلِهِ وَهُوَ يَحْتَسِبُهَا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةً
Pengajaran:
1. Bagi seorang suami dan bapa kepada anak-anak, memberi nafkah keperluan kepada ahli keluarga adalah tanggungjawab wajib. Nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga bukan sekadar tanggungjawab sosial, tetapi ibadah yang berpahala besar jika dilakukan dengan niat mencari keredaan Allah.
2. Suami wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga isteri dan anak-anak-anak mengikut kemampuannya. Menyia-nyiakannya akan menyebabkan berdosa. Sabda Rasulullah SAW:
كفى بًالمرء إثما أن يضيع من يقوت
“Cukuplah seseorang dikatakan berdosa jika ia menyia-nyiakan orang yang menjadi tanggungannya” (HR Abu Daud 1692) Status: Hadis Sahih
3. Memberi nafkah ke atas orang yang berada di bawah tanggungannya adalah sedekah. Suami wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga dengan sebab perkahwinan, merangkumi makan minum, rumah kediaman, penjagaan kesihatan, perlindungan, kasih sayang, pendidikan dan lain-lain.
4. Walaupun isteri bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Isteri masih boleh membantu di mana yang sesuai sebagai pelengkap. Sumbangan isteri kepada keluarga juga dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
5. Seorang suami atau bapa tidak sepatutnya merasa terbeban dalam menanggung keluarga, bahkan berasa gembira kerana setiap sen yang dibelanjakan menjadi ganjaran di sisi Allah SWT.
Sumber : Pertubuhan Ikram
Share Artikel ini ke:
Tags :
HIMPUNAN HADIS
Nak Tahu Artikel Terkini
Taip Alamat Email Anda Dan Klik Submit

No Comments