Blog ini diwujudkan untuk perkongsian maklumat semoga ia memberi manfaat kepada yang memerlukan...

Nak cari Artikel ? Taip dibawah dan klik pada carian :

thumbnail

Buah kemuting apa khasiatnya

 

Buah kemuting apa khasiatnya

Khasiat buah kemunting untuk kesihatan antaranya :
– Air rebusan kemunting yang masak diminum akan merawat cirit birit dan juga disenteri.
Buah kemunting yang dimakan segar baik sebagai tonik penghadaman.
– Daun kemunting boleh digunakan sebagai ubat pupuk untuk luka dan menghentikan pendarahan. Juga membantu menyembuhkan luka-luka.
– Air rebusan daun yang diminum juga mampu menyembuhkan demam panas, melegakan sakit dan juga membantu dalam membersihkan tubuh badan kita.
– Air rebusan daun dan akar kemunting digunakan sebagai minuman untuk ibu-ibu yang lepas bersalin, mengawal cirit birit dan untuk sakit perut.
– Bahagian akar kemunting yang direbus dijadikan rawatan pedih bawah dada dan mengatasi masalah sistem penghadaman.
– Akar yang dicampur air mendidih boleh digunakan untuk rawatan mata atau dijadikan ubat pupuk pada dahi.
– Air rebusan akar pokok kemunting boleh digunakan untuk merawat muntah darah.
– Bagi wanita bersalin, air rebusan pucuk daunnya yang direbus dengan daun inai dan daun jambu membantu mengecutkan rahim..
– Untuk merawat keputihan, boleh rebus pucuk dan akarnya.
– Kandungan buah ini mampu meningkatkan hemoglobin, jumlah sel darah merah, dan juga meningkatkan antianoxic.
– Daun juga digunakan sebagai bahan perubatan herba untuk penyakit diabetes.
Rasa buahnya sedap dimakan rasa manis manis kelat.

Share Artikel ini ke:

Nak Tahu Artikel Terkini

Taip Alamat Email Anda Dan Klik Submit

No Comments