Blog ini diwujudkan untuk perkongsian maklumat semoga ia memberi manfaat kepada yang memerlukan...

Nak cari Artikel ? Taip dibawah dan klik pada carian :

thumbnail

𝙍𝙚𝙨𝙚𝙥𝙞 𝙨𝙖𝙢𝙗𝙖𝙡 𝙗𝙚𝙡𝙖𝙘𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙣𝙜𝙞 , 𝙨𝙚𝙙𝙖𝙥 , 𝙩𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙢𝙖

 

𝙍𝙚𝙨𝙚𝙥𝙞 𝙨𝙖𝙢𝙗𝙖𝙡 𝙗𝙚𝙡𝙖𝙘𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙣𝙜𝙞 , 𝙨𝙚𝙙𝙖𝙥 , 𝙩𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙢𝙖

BAHAN-BAHAN :
-6 biji limau kasturi
(buang biji)
-50 gm belacan bakar
-3 biji cili merah
-1biji cili hijau
-8 biji cili padi hijau
-25 biji cili padi merah
-100 ml air asam jawa pekat
-Masukkan sedikit gula dan garam
*kisar kasar semua bahan.
Tips untuk menghasilkan sambal belacan yang wangi, sedap dan tahan lama.
TIPS 1 :
Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma.
TIPS 2 :
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama.
TIPS 3 :
Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.
TIPS 4 :
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal.
SELAMAT MENCUBA
Sumber : resepi bonda

Share Artikel ini ke:

Nak Tahu Artikel Terkini

Taip Alamat Email Anda Dan Klik Submit

No Comments