Blog ini diwujudkan untuk perkongsian maklumat semoga ia memberi manfaat kepada yang memerlukan...

Nak cari Artikel ? Taip dibawah dan klik pada carian :

thumbnail

𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜 𝗔𝗜𝗥 𝗟𝗜𝗠𝗔𝗨 𝗞𝗔𝗦𝗧𝗨𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗨

 

𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜 𝗔𝗜𝗥 𝗟𝗜𝗠𝗔𝗨 𝗞𝗔𝗦𝗧𝗨𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗨


Bahan-bahan:
3 biji limau kasturi
2 sudu besar madu asli
1 cawan air suam panas
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan madu ke dalam cawan berisi air suam panas dan kacau sampai larut.
2. Kemudian, perah limau kasturi ke dalam cawan tersebut.
3. Selepas itu, kacau sampai sebati.
4. Minum pada waktu pagi ketika perut masih kosong.
*Nota penting: Jika anda ada masalah gastrik, sebaiknya ambil sedikit sarapan ringan dahulu sebelum minum air ini.
Dengan amalan minum air limau kasturi madu ini, ia dapat membantu menyahtoksin badan secara dalaman. Jadi, tiadalah masalah bau badan lagi selepas ini.
Selain itu, amalan minum air ini pada setiap pagi dapat lembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan. Oleh itu, ia dapat mengelakkan anda daripada terkena sembelit.
Semoga bermanfaat ☺
sumber : resepi bonda


Share Artikel ini ke:

Nak Tahu Artikel Terkini

Taip Alamat Email Anda Dan Klik Submit

No Comments